Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016 · As enacted · Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i
96. Peruntukan kecualian
Feedback & supportSegala sebutan mengenai premium yang dibayar atau kena dibayar oleh anggota penanggung insurans kepada Perbadanan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan sebagai sebutan mengenai levi.
Segala sebutan mengenai “takaful perpaduan keluarga”
dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan sebagai sebutan mengenai
“takaful keluarga”.
Walau apa pun penukaran nama dalam Akta ini, daripada takaful perpaduan keluarga kepada takaful keluarga dan daripada sijil takaful perpaduan keluarga kepada sijil takaful keluarga, perlindungan setakat yang diberi kepada manfaat apa-apa takaful di bawah Akta ibu hendaklah terus mempunyai kesan dan berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 64
Pindaan dalam seksyen 2, 3, 13, 14, 17, 44, 45, 46, 47,
48, 49, 50, 51, 57, 58, 59, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71,
72, 73, 88, 89, 90, 91, 92, 93 dan 94 Akta ini yang berbangkit daripada penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan kecualian dan peralihan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013.
Apa-apa perbuatan, perkara atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau rayuan yang belum selesai atau sedia ada, di bawah seksyen yang dipinda sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, boleh diteruskan di bawah Akta ibu seolah-olah
Akta ibu tidak dipinda.