Skip to content

Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i

95. Pindaan Jadual Pertama

Feedback & support

Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan 1—

(i)

dengan memasukkan sebelum takrif “harga transaksi” takrif yang berikut:

‘ “balasan”, berhubung dengan pemindahan syer yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga), ertinya suatu amaun bersih yang dibayar atau kena dibayar kepada pemindah berkenaan dengan syer yang dikeluarkan oleh suatu institusi anggota yang dipindahkan menurut suatu perintah pindah milik yang dikeluarkan di bawah seksyen 128b;’;

(ii)

dalam takrif “institusi anggota”, dengan memasukkan selepas perkataan “perenggan 99(1)(c)” perkataan

“atau suatu institusi anggota yang syernya tertakluk kepada suatu pemindahan di bawah perenggan 99(1)(ga)”;

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “institusi anggota” takrif yang berikut:

‘ “pampasan” ertinya suatu amaun bersih yang dibayar atau kena dibayar kepada seseorang yang haknya dihapuskan di bawah perenggan 128b(7)(b);’;

(iv)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang syer menentang” takrif yang berikut:

‘ “pemindah” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 128a;’;

(v)

dalam takrif “pemiutang menentang” dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah;

Undang-Undang Malaysia 60

(vi)

dengan memasukkan selepas takrif “pemiutang menentang” takrif yang berikut:

‘ “penerima pindahan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 128a;’;

(vii)

dengan memasukkan selepas takrif “penerima pindahan” takrif yang berikut:

‘ “perintah pindah milik” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 128a;’;

dan

(viii)

dengan memasukkan selepas takrif “perintah pindah milik” takrif yang berikut:

‘ “syer” hendaklah, kecuali bagi subperenggan 4(3), termasuk surat cara modal, waran dan hak di bawah apa-apa surat cara lain yang dikeluarkan oleh suatu institusi anggota yang memberi hak kepada pemegangnya untuk memperoleh syer dalam institusi anggota.’;

(b)

dalam subperenggan 2(3), dengan menggantikan perkataan

“ditetapkan” dengan perkataan “ditentukan”;

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan 2 perenggan yang berikut:

Report