Skip to content
In forceUpdated to 5 Jan 2015Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

12. Moratorium

Feedback & support
(1)

Tempoh moratorium yang disebut dalam seksyen 11, melainkan jika pentadbiran itu terlebih dahulu ditamatkan di bawah seksyen 6 atau perenggan 20(3)(c), hendaklah selama suatu tempoh dua belas bulan bermula dari tarikh pelantikan

Pentadbir di bawah subseksyen 5(1).

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(2)

Menteri boleh, atas permintaan bertulis Pentadbir atau pelantik, melanjutkan moratorium bagi suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan selepas berpuas hati bahawa hal keadaan itu mewajarkan pelanjutan itu, dan kuasa pelanjutan sedemikian tidak boleh dilakukan lebih daripada sekali.

(3)

Jika tempoh moratorium dilanjutkan di bawah subseksyen (2),

Pentadbir hendaklah menyebabkan supaya notis pelanjutan itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian kebangsaan, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

Report

Bahagian III

Cadangan Pentadbir dan Pelantikan Penasihat Bebas

Bahagian IV

Malaysia Airlines Berhad

Bab

Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak 1952

Bahagian V

Bahagian VI

Schedules