Skip to content
In forceUpdated to 5 Jan 2015Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

16. Kewajipan pegawai untuk membantu dalam penyiasatan

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai Syarikat yang Ditadbir hendaklah dalam masa tujuh hari selepas diminta oleh Pentadbir—

(a)

menghantar kepada Pentadbir semua buku, rekod dan dokumen Syarikat yang Ditadbir yang berada dalam milikan pegawai itu; dan

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(b)

jika pegawai itu mengetahui lokasi buku, rekod dan dokumen lain yang berhubungan dengan Syarikat yang

Ditadbir, memaklumkan Pentadbir tentang lokasi buku, rekod dan dokumen itu.

(2)

Seseorang pegawai Syarikat yang Ditadbir hendaklah—

(a)

membantu Pentadbir pada bila-bila masa; dan

(b)

memberi Pentadbir apa-apa maklumat berkenaan dengan harta, hal ehwal dan hal keadaan kewangan Syarikat yang Ditadbir, sebagaimana yang dikehendaki oleh Pentadbir secara munasabah.

(3)

Pentadbir hendaklah, apabila pentadbiran di bawah Akta ini berakhir, mengembalikan apa-apa buku, rekod dan dokumen yang diterima di bawah subseksyen (1) kepada Syarikat yang

Ditadbir.

Report

Bahagian III

Cadangan Pentadbir dan Pelantikan Penasihat Bebas

Bahagian IV

Malaysia Airlines Berhad

Bab

Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak 1952

Bahagian V

Bahagian VI

Schedules