Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015 · Updated to 5 Jan 2015 · Bahagian II · Pentadbiran
5. Pelantikan Pentadbir
Feedback & support(1)
Anggota Syarikat atau lembaga pengarah Syarikat yang disebut dalam seksyen 4 hendaklah melantik seorang Pentadbir bagi Syarikat yang Ditadbir.
(2)
Pelantik boleh pada bila-bila masa selepas pelantikan
Pentadbir di bawah subseksyen (1) melantik seorang Pentadbir baru untuk menggantikan Pentadbir yang sedia ada.
(3)
Jika Pentadbir dilepaskan daripada pelantikannya, dia hendaklah, berkuat kuasa dari pelepasan itu, dibebaskan daripada segala kewajipan dan tanggungan yang berkenaan dengan pentadbirannya atau berhubung dengan kelakuannya sebagai
Pentadbir.