Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015 · Updated to 5 Jan 2015 · Bahagian II · Pentadbiran
15. Penyiasatan oleh Pentadbir
Feedback & supportPentadbir boleh menghendaki mana-mana pegawai Syarikat yang Ditadbir untuk menentusahkan dan mengemukakan kepada
Pentadbir suatu pernyataan mengenai hal ehwal Syarikat yang
Ditadbir dalam masa dua puluh satu hari.
Pernyataan itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pentadbir dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
butir-butir mengenai semua harta dan tanggungan;
nama dan alamat pemiutang;
cagaran yang dipegang oleh pemiutang dan tarikh bila cagaran itu diberikan;
suatu akuan berkanun yang dibuat di bawah Akta Akuan
Berkanun 1960 [Akta 13], yang mengisytiharkan bahawa maklumat dalam pernyataan hal ehwal itu adalah benar dan betul; dan
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh
Pentadbir.