Skip to content

Section 55

Obligasi kerahsiaan

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 55 of 60
Section 55
(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Menteri—

(a)

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai atau pekhidmat Institut, mana-mana pegawai yang ditugaskan atau mana-mana orang yang diupah oleh Institut, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan, pekerjaan atau upahannya, hendaklah tidak menzahirkan apa-apa maklumat yang diketahuinya atau didapatinya dalam penjalanan tugas; dan

(b)

tiada seorang pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Institut atau Lembaga

Pengarah boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penyampaian notis atau dokumen lain