Skip to content

Section 59

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 59 of 60
Section 59
(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan untuk semua atau mana-mana maksud di bawah:

(a)

untuk menetapkan fi atau caj yang akan dikenakan berhubung dengan khidmat perundingan dan nasihat yang diberikan oleh Institut;

(b)

untuk memperuntukkan dan menetapkan apa-apa fi yang kena dibayar berhubung dengan pemberian apa-apa perkhidmatan atau apa-apa perkara di bawah Akta ini;

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 33

(c)

untuk menetapkan prosedur untuk mendapatkan, berurusan dengan dan penyimpanan sampel;

(d)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang mana Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan; dan

(e)

untuk menetapkan semua perkara lain yang suai manfaat atau perlu untuk ditetapkan bagi memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.