Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
(1)
Semua tanah yang sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga.
Semua harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Lembaga.