Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum diselesaikan oleh Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau sebaliknya, yang belum diselesaikan oleh Menteri di bawah Akta
56 Undang-undang Malaysia AKTA 551
dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan diuruskan oleh
Menteri di bawah Akta ini.
Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan diserah simpan dengan Lembaga.