Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada apa-apa pemansuhan di bawah seksyen 64 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan,
Institut dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan menjadi pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga.
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 57
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai
Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan