Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
(1)
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, pada tarikh yang ditetapkan, anggota Lembaga dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum tarikh itu hendaklah terhenti memegang jawatan.
Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga dibubarkan yang keluar dan dengan seberapa segera yang praktik selepas tarikh yang ditetapkan, Lembaga dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan masing-masing, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1
Januari tahun yang berkenaan hingga tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan.
Walau apa pun seksyen 64, Lembaga dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2).