Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian IV
18. Kehendak perakuan pelancaran
Feedback & supportMana-mana warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang merupakan seorang, atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan, pemunya suatu objek angkasa dan berniat untuk melancarkan objek angkasa itu ke angkasa dari mana-mana kemudahan pelancar di dalam atau di luar Malaysia hendaklah memohon suatu perakuan pelancaran.
Undang-Undang Malaysia 18
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi enam puluh juta ringgit.