Skip to content

Seksyen 35

Pegawai Keselamatan Pelancaran

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 35 of 73
Seksyen 35
(1)

Penguasa Angkasa hendaklah melantik dalam kalangan pegawai diberi kuasa seorang Pegawai Keselamatan Pelancaran untuk menentukan kepatuhan pemegang permit pelancaran—

(a)

kepada Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(b)

kepada syarat dan syarat tambahan permit pelancaran.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pegawai Keselamatan Pelancaran hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya dan secara khususnya dia boleh—

(a)

memeriksa, dengan notis bertulis terlebih dahulu kepada pemegang permit pelancaran, suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar;

(b)

mengarahkan pemegang permit pelancaran atau mana-mana pekerja, ejen atau kontraktor pemegang permit pelancaran untuk memberi apa-apa maklumat atau bantuan; dan

(c)

memberi apa-apa arahan kepada pemegang permit pelancaran berhubung dengan pelancaran objek angkasa ke angkasa atau kemasukan semula objek angkasa yang dia fikirkan perlu untuk mengelak apa-apa bahaya kepada kesihatan awam atau kepada mana-mana orang atau apa-apa harta, termasuk arahan untuk menghentikan pelancaran atau kemasukan semula, atau memusnahkan, objek angkasa itu.