Skip to content
In forceUpdated to 25 Jan 2022Read it in English

Bahagian IV

31. Penggantungan atau pembatalan lesen, dsb

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran, menggantung atau membatalkan suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau syarat atau syarat tambahan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran;

(b)

pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, melebihi dua tahun; atau

(d)

penggantungan atau pembatalan itu adalah demi kepentingan awam, keselamatan negara atau hubungan antarabangsa.

(2)

Penggantungan atau pembatalan suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran itu.

Report

Bahagian V

Pendaftaran Objek Angkasa

Bahagian VI

Tanggungan

Bahagian VII

Kesalahan Lain

Bahagian VIII

Insiden dan Kemalangan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X