Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian IV
34. Kajian semula lesen
Feedback & supportPenguasa Angkasa atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan kajian semula terhadap suatu lesen untuk menentukan kepatuhan pemegang lesen—
kepada Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
kepada syarat dan syarat tambahan lesen.
Penguasa Angkasa atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan kajian semula di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan kajian semula di bawah seksyen ini.
Penguasa Angkasa atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan kajian semula di bawah subseksyen (1) hendaklah menyediakan dan mengemukakan suatu laporan kajian semula itu kepada Lembaga mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 26