Seksyen 22
Pemberian permit pelancaran
of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022
Apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah seksyen 19 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah seksyen 20, Lembaga boleh menimbangkan permohonan bagi suatu permit pelancaran dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa segala kehendak yang ditetapkan bagi permohonan suatu permit pelancaran telah dipenuhi,
Lembaga boleh, melalui notis bertulis, menyampaikan kepada pemohon niat Lembaga untuk memberikan permit pelancaran itu tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat bagi insurans di bawah subseksyen (3).
(3)
Pemohon bagi permit pelancaran hendaklah menyebabkan diinsuranskan berkenaan dengan apa-apa tanggungan bagi apa-apa kerosakan kepada pihak ketiga yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasa ke angkasa yang dengannya permit pelancaran itu berkaitan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa kehendak insurans di bawah subseksyen (3) telah dipenuhi, Lembaga boleh memberikan permit pelancaran.