Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
49. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah
Akta ini.
(2)
Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593].