Skip to content

Seksyen 54

Pelepasan objek angkasa, dsb., yang disita

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 54 of 73
Seksyen 54
(1)

Jika apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan telah disita di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa, boleh pada bila-bila masa, selepas merujuk kepada Penguasa Angkasa, melepaskan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu kepada orang yang diputuskannya sebagai berhak secara sah kepada objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer,

Lembaga Angkasa Malaysia 37

papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu jika dia berpuas hati bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah

Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan di bawah subseksyen (1)

yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada Penguasa Angkasa secepat yang dapat dilaksanakan.