Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
63. Halangan
Feedback & supportMana-mana orang yang mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu, atau enggan memberi akses ke mana-mana tapak, premis, kenderaan atau data berkomputer kepada, Penguasa
Angkasa, pegawai diberi kuasa, Pegawai Keselamatan Pelancaran atau penyiasat dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.