Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
58. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.