Skip to content

Seksyen 57

Akses kepada data berkomputer

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 57 of 73
Seksyen 57
(1)

Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami.