Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
12. Fungsi dan kuasa Lembaga
Feedback & supportFungsi Lembaga adalah—
mengawal selia dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu;
memajukan dan membaiki perdagangan dan pasaran kayu;
menyelaraskan aktiviti bagi pemasaran dan perkapalan kayu yang berkesan;
menggalakkan penggunaan yang berkesan bagi kayu dengan menitikberatkan pempelbagaian keluaran dan memajukan pembaikan dan ekonomi dalam cara memproses kayu;
mengadakan perkhidmatan nasihat teknikal dan latihan yang dikehendaki untuk membantu dalam pembangunan perindustrian kayu yang sedia ada dan dalam penubuhan perindustrian baru;
membantu perindustrian kayu dalam pemasaran kayu;
menyusun dan membantu penyatuan perindustrian kayu secara kecil dan mengintegrasi dengan lebih erat aktiviti perindustrian kayu pada amnya, supaya mencapai kecekapan yang lebih baik, dan mendapatkan asas yang lebih kukuh untuk, perindustrian kayu keseluruhannya;
mengumpulkan maklumat dan menyenggarakan rekod bagi segala perkara yang berkaitan yang berhubungan dengan perindustrian kayu;
melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan peningkatan dan daya maju perindustrian kayu di Malaysia;
memajukan usahawan Bumiputera dalam perindustrian kayu supaya lebih berdaya saing;
melaksanakan kawalan dan memantau eksport, import, kayu dalam transit dan pasaran dalam negeri;
menjalankan penyelidikan, kajian semula dan penyiasatan, yang berfaedah kepada atau sesuai dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;
membangunkan dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan bagi manfaat perindustrian kayu dan menggalakkan penggunaan dapatan penyelidikan secara komersial;
20
Undang-Undang Malaysia
menggalakkan dan membangunkan aktiviti ladang hutan bagi maksud pembangunan perindustrian kayu dan apa-apa aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan ladang hutan;
merancang dan menjalankan program pembangunan sumber manusia selari dengan pembangunan perindustrian kayu;
berhubung dan menyelaraskan dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan-badan lain, termasuk anggota mana-mana persatuan di dalam dan di luar Malaysia, demi kepentingan perindustrian kayu; dan
pada amnya untuk melakukan segala-galanya mengikut ruang lingkup objektif Akta ini bagi pembaikan dan penjalanan perindustrian kayu yang sepatutnya.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau suai manfaat atau bersampingan dengan, penunaian fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan subseksyen ini—
untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya dan bagi memajukan kepentingan am perindustrian dan perdagangan kayu;
untuk menjalankan pemasaran kayu bagi pihak perindustrian kayu secara kecil;
untuk menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa establismen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi menunaikan fungsinya;
untuk melantik jawatankuasa;
untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan keputusan apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi pihak Lembaga, atau berkaitan dengan keputusan apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana orang atau organisasi bagi pihak Lembaga;
untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
untuk memberikan perakuan kemahiran berkenaan dengan program latihan dan program yang diiktiraf oleh
Lembaga;
untuk mengeluarkan lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini berkenaan dengan perindustrian kayu;
untuk menentukan standard dan spesifikasi mana-mana keluaran kayu sebagaimana yang difikirkan wajar oleh
Lembaga untuk perindustrian kayu;
untuk menjalankan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam penanaman, pengeluaran dan pengusahahasilan keluaran ladang hutan;
untuk memberi pengiktirafan dan pemerakuan skim jaminan kualiti kayu kepada mana-mana orang yang terlibat dalam pengeluaran kayu;
untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi atau organisasi yang diiktiraf di dalam atau di luar Malaysia;
untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi pembangunan keluaran kayu dan aktiviti hiliran;
untuk memberikan pinjaman, dengan atau tanpa faedah, kepada mana-mana badan, syarikat atau orang yang diluluskan oleh Menteri bagi pelaksanaan program ladang hutan atau apa-apa program lain bagi maksud pembangunan perindustrian kayu;
untuk menjalankan peranan sebagai pihak berkuasa pemeringkatan; dan
untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat, perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, menubuhkan, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, suatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu untuk menjalankan dan menjaga, mengendalikan dan menguruskan bagi pihak Lembaga apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, dan boleh dengan cara yang sama membatalkan, mengubah atau meminda mana-mana perintah itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan—
perlembagaan perbadanan itu;
pembiayaan perbadanan itu;
pembayaran balik wang pinjaman kepada perbadanan;
dan
akaun yang hendaklah disimpan oleh perbadanan itu dan audit akaun itu.
Peruntukan Jadual Keempat hendaklah terpakai berkenaan dengan tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3).
Lembaga boleh, dalam menunaikan fungsinya, menjalankan aktiviti komersial bagi mendapatkan laba atau untung dalam hal yang berkenaan melalui syarikat yang ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau bagi menetapkan terma atau syarat mana-mana aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat
Lembaga berhubung dengan mana-mana perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan masing-masing di bawah subseksyen (3) dan (5)
atau kepada mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan dan apa-apa peninggalan atau pengabaian untuk mematuhi dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu ialah suatu kesalahan terhadap Akta ini dan pesalah itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.