Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
12A. Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
Feedback & supportLembaga boleh, mewakilkan secara bertulis, atas apa-apa syarat, had atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
23
untuk membuat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah di bawah seksyen 34 Akta ini, kepada—
Pengerusi;
Ketua Pengarah;
mana-mana jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga;
atau
mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah.
Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah terikat untuk mematuhi dan memberi perhatian kepada segala syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.
Bahagian III pengawalseliaan PERINDUSTRIAN KAYU