Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
8. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & supportMenteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi dalam tempoh Pengerusi tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk menjalankan fungsinya atau dalam tempoh apa-apa kekosongan dalam jawatan Pengerusi, dan anggota itu hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah subseksyen ini, disifatkan sebagai
Pengerusi.
Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1)
atau jika pelantikan itu tidak dibuat atau semasa ketidakhadiran
Pengerusi di mana-mana mesyuarat Lembaga, wakil yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi.
Sekiranya wakil yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b)
tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk bertindak di bawah subseksyen (2), wakil yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(d)
hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi.