Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga

7. Anggota silih ganti

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (4) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b)

hingga (g), melantik dua orang untuk menjadi anggota silih ganti bagi menghadiri sebagai ganti anggota itu mesyuarat Lembaga yang anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.

(2)

Hanya seorang anggota silih ganti boleh menghadiri mesyuarat

Lembaga pada satu-satu masa bagi menggantikan anggota yang digantikan itu.

16

Undang-Undang Malaysia

(3)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules