Skip to content

Seksyen 3C

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

of Akta Perubatan 1971

ActIn forceProvision 6 of 23
Seksyen 3C
(1)

Pelantikan mana-mana ahli Majlis di bawah perenggan 3A(1)(b), (c) atau (d) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh

Menteri setelah berunding dengan Yang Dipertua.

(2)

Seseorang ahli

Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3A(1)(b), (c) atau (d) atau yang dipilih di bawah perenggan 3A(1)(e), (f) atau (g) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada

Yang Dipertua.