Seksyen 4B
Pelantikan pekerja Majlis
ActIn forceProvision 13 of 23
Seksyen 4B
(1)
Majlis boleh melantik atau menggaji apa-apa bilangan pekerja yang difikirkan perlu oleh Majlis, yang hendaklah dibayar apa-apa saraan, elaun dan faedah, dan yang pelantikan atau penggajiannya hendaklah atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Majlis bagi menjalankan maksud Akta ini.
(2)
Tiada seorang pun layak dilantik atau digaji sebagai pekerja
Majlis jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui rakan kongsinya mempunyai apa-apa bahagian atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Majlis.