Seksyen 3E
Kuasa Menteri untuk melantik ahli Majlis
Jika mana-mana badan atau orang yang disebut dalam perenggan 3A(1)(b), (c), (d), (e), (f) atau (g) tidak, pada tarikh yang ditetapkan, menamakan atau memilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, seseorang untuk menjadi ahli Majlis, Menteri hendaklah melantik sebagai ganti orang itu seseorang yang berkelayakan untuk dinamakan atau dipilih sebagai ahli dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai menjadi ahli seolah-olah dia telah dinamakan atau dipilih dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh badan atau orang itu.
(2)
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa dan sehingga masa apabila ahli yang disebut dalam perenggan 3A(1)(b), (c), (d), (e), (f), dan (g)
dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Menteri hendaklah melantik sebagai ganti mereka masing-masing mana-mana orang yang berkelayakan untuk dinamakan atau dipilih dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai ahli seolah-olah dia telah dinamakan atau dipilih dengan sewajarnya di bawah perenggan 3A(1)(b), (c), (d), (e), (f) dan (g).
16
Undang-Undang Malaysia