Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian II · Majlis Perubatan Malaysia

4F. Pewakilan fungsi dan kuasa Majlis

Feedback & support
(1)

Majlis boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari, kepada—

(a)

Pengerusi;

(b)

seorang ahli Majlis; atau

(c)

suatu jawatankuasa.

(2)

Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa itu adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan

Perubatan 23

sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis.

(3)

Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Pengamal Perubatan

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules