Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian II · Majlis Perubatan Malaysia
4A. Kuasa Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua benda yang perlu atau suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsi-fungsinya di bawah
Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Majlis termasuklah kuasa untuk—
memastikan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturannya ditadbirkan, dikuatkuasakan, dilaksanakan, dijalankan dan dipatuhi;
mengawal selia standard amalan pengamal perubatan berdaftar;
mengawal selia tatakelakuan dan etika profesional pengamal perubatan berdaftar;
meluluskan atau menolak apa-apa permohonan bagi pendaftaran atau pemerakuan mengikut Akta ini atau peraturan-peraturannya;
menentukan apa-apa fi atau denda yang kena dibayar;
mengeluarkan perakuan;
meminjam atau menjana wang dari semasa ke semasa melalui overdraf bank atau dengan cara lain bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam seksyen ini; dan
Perubatan 19
mengiktiraf dan mengakreditasi kelayakan perubatan berdasarkan syor Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007
bagi tujuan pendaftaran.