Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian II · Liabiliti Sivil bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker

13. Hak pihak ketiga terhadap penanggung insurans

(1)

Jika pemunya sesuatu kapal dikatakan telah menanggung liabiliti di bawah seksyen 3 atau 3A semasa berkuat kuasanya suatu kontrak insurans atau cagaran kewangan lain yang dengannya perakuan yang disebutkan dalam seksyen 11 atau 11A, masing-masing, adalah berhubungan, prosiding untuk menguatkuasakan sesuatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti itu boleh dimulakan terhadap orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain itu (yang disebut “penangung insurans” dalam seksyen ini).

(2)

Dalam mana-mana prosiding yang dimulakan terhadap penanggung insurans menurut kuasa seksyen ini, penanggung insurans boleh menggunakan pembelaan (selain kebankrapan atau penggulungan pemunya)

yang pemunya itu sendiri berhak menggunakan, dan bukti bahawa kerosakan pencemaran itu ialah akibat daripada salah laku sengaja pemunya itu sendiri hendaklah menjadi suatu pembelaan.

(3)

Penginsurans boleh membataskan liabilitinya berkenaan dengan tuntutan yang dibuat terhadapnya menurut kuasa seksyen ini mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama sebagaimana pemunya kapal boleh membataskan liabilitinya di bawah subseksyen 6(2) atau 6A(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun pemunya itu, mengikut subseksyen 6(3) atau 6A(3), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berhak untuk membataskan liabilitinya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

(4)

Jika pemunya kapal dan penginsurans masing-masing memohon kepada Mahkamah bagi pembatasan liabilitinya apa-apa pembayaran, atau apa-apa pendepositan jaminan bank atau cagaran ke dalam

Mahkamah menurut mana-mana satu permohonan itu hendaklah dikira sebagai telah juga dibayar atau didepositkan menurut yang satu lagi.

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pampasan Pencemaran Minyak

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama.

Bahagian IV

Bidang Kuasa dan Kesan Penghakiman

Bahagian III

Bahagian III.

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules