Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian II · Liabiliti Sivil bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker

5. Section 5

(1)

Jika sesuatu insiden berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, sama ada atau tidak pemunya kapal itu menanggung liabiliti di bawah seksyen 3, pemunya kapal tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran itu melainkan di bawah seksyen itu.

(2)

Liabiliti bagi kerosakan pencemaran tidak terpakai bagi—

(a)

mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya kapal itu atau mana-mana anggota anak kapal itu;

(b)

malim atau mana-mana orang lain yang bukan anggota anak kapal itu tetapi melaksanakan perkhidmatan bagi kapal itu;

(c)

mana-mana pencarter

(dengan cara apa sekalipun diperihalkan, termasuk pencarter kapal kosong), pengurus atau pengendali kapal itu;

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 15

(d)

mana-mana orang yang melaksanakan gerakan salvaj dengan persetujuan pemunya kapal itu atau atas arahan pihak berkuasa awam yang berwibawa;

(e)

mana-mana orang yang mengambil langkah pencegahan;

(f)

semua pekhidmat atau ejen orang yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), melainkan jika kerosakan pencemaran itu berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan mereka sendiri, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku.

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pampasan Pencemaran Minyak

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama.

Bahagian IV

Bidang Kuasa dan Kesan Penghakiman

Bahagian III

Bahagian III.

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules