Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian II · Liabiliti Sivil bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker
Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian II · Liabiliti Sivil bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemunya sesuatu kapal pada masa sesuatu insiden, atau jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian yang mempunyai punca yang sama, pada masa kejadian pertama, hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh kapal itu akibat daripada insiden itu di mana-mana kawasan di Malaysia.
Jika lebih daripada satu orang bertanggungan menurut subseksyen (1), tanggungan mereka hendaklah bersesama dan berasingan.
Selanjutnya, pemunya kapal itu hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan berlaku di mana-mana kawasan di mana-mana negara Konvensyen Bunkers lain akibat daripada apa-apa insiden yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Jika sesuatu insiden yang melibatkan dua kapal atau lebih berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, pemunya kesemua kapal yang berkenaan hendaklah, melainkan jika dilepaskan di bawah seksyen 4, secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi segala kerosakan pencemaran itu yang tidak boleh semunasabahnya diasingkan.
Bahagian III
Bahagian II
Bahagian IV
Bahagian III
Bahagian V
Bahagian VI