Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian II · Liabiliti Sivil bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker

5A. Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak bunker di bawah seksyen 3A

(1)

Jika sesuatu insiden berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, sama ada atau tidak pemunya kapal itu menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A, pemunya kapal tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran itu melainkan di bawah seksyen itu.

(2)

Liabiliti bagi kerosakan pencemaran tidak terpakai bagi—

(a)

mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya kapal itu atau mana-mana anggota anak kapal itu;

(b)

malim atau mana-mana orang lain yang bukan anggota anak kapal itu tetapi melaksanakan perkhidmatan bagi kapal itu;

(c)

mana-mana pencarter, dengan cara apa sekali pun diperihalkan, tetapi tidak termasuk pencarter kapal kosong;

(d)

mana-mana orang yang melaksanakan gerakan salvaj dengan persetujuan pemunya kapal itu atau atas arahan pihak berkuasa awam yang berwibawa;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

(e)

mana-mana orang yang mengambil langkah pencegahan;

(f)

semua pekhidmat atau ejen orang yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), melainkan jika kerosakan pencemaran itu berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan mereka sendiri, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku.

Pembatasan liabiliti di bawah seksyen 3

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pampasan Pencemaran Minyak

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama.

Bahagian IV

Bidang Kuasa dan Kesan Penghakiman

Bahagian III

Bahagian III.

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules