Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KESALAHAN KECIL 1955

Seksyen 2

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di Malaysia Barat sahaja.

"angkatan tentera pelawat" ertinya mana-mana angkatan tentera pelawat yang berada dengan sah di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan angkatan tentera pelawat;

"angkatan tentera tempatan" termasuklah manamana angkatan tentera yang ditubuh dan disenggarakan dalam Malaysia di bawah peruntukanperuntukan mana-mana undang-undang bertulis;

"jalan awam" termasuklah tiap-tiap jalan, lebuh, jambatan, laluan, kaki lima atau medan di mana orang ramai mempunyai hak lalu-lalang; dan ungkapan "di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam" termasuklah semua tempat di jalan awam dan semua tempat dalam lingkungan sepuluh ela daripadanya yang tidak diasingkan dengan berkesan dan tersembunyi daripada jalan oleh tembuk atau selainnya;

"kenderaan" termasuklah mana-mana kenderaan sama ada menggunakan kuasa jentera atau selainnya;

"Ketua Pegawai Polis" ertinya Ketua Pegawai Polis sesuatu Negeri;

"kuda" termasuklah baghal, kuda kecil dan keldai;

"lembu" termasuklah lembu jantan, lembu, lembu kembiri dan kerbau;

"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pasukan polis;

"kaki lima awam" ertinya mana-mana kaki lima yang dibuat atau diediakan untuk kegunaan atau kemudahan orang yang berjalan kaki di mana orang ramai mempunyai hak lalu-lalang;

"tempat peranginan awam" ertinya mana-mana tempat yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan panggung wayang dan termasuk-lah taman hiburan.

(2)

Arked mana-mana rumah, jika arked itu mempunyai sempadan yang sama dengan mana-mana lebuh, walau apa pun hak mengenai harta pemunya terhadap rumah tersebut, bagi maksud Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai kaki lima awam.

PERINTAH MENGENAI BUNGA API