Skip to content

Seksyen 3

PERINTAH MENGENAI BUNGA API

of Akta Kesalahan Kecil 1955

ActIn forceProvision 3 of 38
Seksyen 3
(1)

Seorang Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis dengan nama atau jawatan (dalam seksyen ini disebut sebagai pegawai diberikuasa) boleh mengeluarkan

KESALAHAN KECIL perintah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, membenarkan pemasangan bunga api pada hari-hari yang tertentu yang ditetapkan, dan pada atau di antara masa-masa yang tertentu yang ditetapkan, dan dalam lingkungan kawasan tertentu yang dijelaskan, dan dalam kes-kes tertentu atau pada masa-masa tertentu boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang atau kumpulan orang lesen-lesen bagi memasang bunga api.

(2)

Tiada apa-apa perintah atau lesen sedemikian boleh disifatkan sebagai memberi kuasa atau permit bagi memasang bom atau mercun.

(3)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan tempat di mana dan masa-masa di antara mana bunga api itu boleh dipasang dan perihalan bunga api yang boleh digunakan, dan boleh mengandungi syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Ketua Pegawai Polis atau pegawai diberikuasa itu.

(4)

Tiada apa-apa kebenaran yang disiarkan, atau lesen yang dikeluarkan sedemikian, boleh disifatkan sebagai melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti sekiranya berlaku apa-apa kerosakan, kerugian atau kecederaan terhadap seseorang atau harta yang disebabkan oleh pemasangan bunga api tersebut.

(5)

Mana-mana orang yang memasang apa-apa bunga api, melainkan mengikut terma-terma suatu perintah atau lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.