Skip to content

Seksyen 5

HAIWAN

of Akta Kesalahan Kecil 1955

ActIn forceProvision 5 of 38
Seksyen 5
(1)

Tiap-tiap pihak berkuasa haiwan dan tiap-tiap pelindung hidupan liar dan, dalam masa ketiadaan sesuatu pihak berkuasa haiwan atau pelindung hidupan liar, tiap-tiap pegawai polis hendaklah mengawal manamana haiwan yang disyaki dengan munasabah adalah gila atau berbahaya, dan mana-mana haiwan liar yang dijumpai berkeliaran dalam atau berdekatan dengan mana-mana tempat awam dalam hal keadaan yang membahayakan orang ramai.

(2)

Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana haiwan gila, berbahaya atau liar tersebut tidak boleh dikawal tanpa risiko kecederaan kepada orang daripada pihak berkuasa haiwan, pelindung hidupan liar atau pegawai polis yang cuba mengawalnya, pihak berkuasa haiwan, pelindung hidupan liar atau pegawai polis tersebut boleh menembak atau selainnya memusnahkan haiwan tersebut.

(3)

Dalam seksyen ini "pihak berkuasa haiwan" hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Ordinan Binatang 1953, dan "pelindung hidupan liar" termasuklah tiap-tiap orang yang mempunyai kuasa pelindung hidupan liar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan binatang liar yang pada masa itu berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya.