Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 1987Read it in English

33. Section 33

Feedback & support
(1)

Sesuatu Dewan Undangan boleh meluluskan undang-undang mengenai apa-apa perkara-perkara jenayah kecil sebagaimana Yang di-Pertuan Agong boleh tetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah dan boleh mengenakan penalti di bawahnya bagi apa-apa pelanggaran terhadapnya, dengan syarat bahawa tiada apa-apa penalti itu boleh melebihi denda seratus ringgit atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (tetapi, walau bagaimanapun, jika peruntukan dibuat bagi satu penalti penjara, maka peruntukan hendaklah juga dibuat bagi alternatif terhadap denda).

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa, membatalkan atau meminda apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) seksyen ini.

Report