Skip to content

Seksyen 18

Seksyen 47 Akta ibu dipinda—

of Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 20 of 63
Seksyen 18

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) seseorang pemegang lesen kecil, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh lesen kecil itu;”;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:

“(da) seseorang pemegang permit jalan, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit jalan itu; dan”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.