Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII.”.
20. Pindaan seksyen 50
Feedback & supportSeksyen 50 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Pengarah” perkataan “atau oleh seseorang pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk mengeluarkan suatu permit jalan”; dan
(b)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.