Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VIII · Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan
33. Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya siasatan diadakan
Feedback & supportJika pada pendapat Ketua Pengarah, suatu siasatan patut diadakan mengenai sifat dan punca kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan, dia boleh menyebabkan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 53
siasatan sedemikian diadakan oleh seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan sedemikian.
Pengapit yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah mempunyai, bagi maksud siasatan, kuasa untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis, yang kemasukan atau pemeriksaan itu adalah perlu bagi maksud siasatan itu.
Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam siasatan itu boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.