Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian V · Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal
20. Section 20
Feedback & supportAdalah menjadi kewajipan seseorang yang mereka bentuk, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja—
untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji itu direka bentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan
*CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu”-lihat perenggan 17(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
32
Undang-Undang Malaysia tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya;
untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a);
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan loji itu semasa bekerja maklumat memadai mengenai kegunaan yang baginya loji itu direka bentuk dan telah diuji, dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa, apabila digunakan begitu, loji itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; dan
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan loji itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c) sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan.
Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan reka bentuk atau pengilangan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh reka bentuk atau loji itu.
Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau memasang apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa mengenai cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 33