Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian XIV · Peraturan-Peraturan

66. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang semasa bekerja bagi mencapai tujuan-tujuan Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

mengawalselia atau melarang—

(i)

pengilangan, pembekalan atau penggunaan apa-apa loji;

(ii)

pengilangan, pembekalan, penyimpanan, pengangkutan atau penggunaan apa-apa bahan; dan

(iii)

penjalanan apa-apa proses atau penjalanan apa-apa pengendalian;

(b)

menetapkan kehendak berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, penempatan, pemasangan, permulaan penggunaan, penelitian, kelayakan semula, pembaikan, penyenggaraan, pengubahan, penyesuaian, pembukaan, pengujian, penandaan atau pemeriksaan mana-mana loji;

(ba)

menetapkan kehendak berkenaan dengan apa-apa loji bagi maksud skim pemeriksaan khas di bawah seksyen 27F;

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 75

(c)

menetapkan kehendak berkenaan dengan penelitian, pengujian penganalisisan, pelabelan atau penandaan apa-apa bahan;

(d)

menetapkan masa dan cara majikan atau orang-orang yang ditentukan lain yang dikehendaki meneliti, menguji, menganalisis, melabel menandakan atau membekalkan maklumat tentang apa-apa bahan;

(e)

menetapkan kehendak supaya menahan diri daripada makan, minum atau merokok dalam mana-mana keadaan yang melibatkan risiko penyerapan apa-apa bahan atau risiko kecederaan atau keracunan yang berbangkit daripada penggunaan apa-apa bahan;

(f)

menetapkan kehendak berkenaan dengan arahan, latihan dan penyeliaan orang-orang yang sedang bekerja;

(g)

menetapkan prosedur bagi seseorang majikan untuk memberitahu apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan;

(h)

menetapkan perkiraan yang hendaklah dibuat berkenaan dengan pengambilan apa-apa tindakan atau langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan, atau sekiranya berlaku, apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya dan untuk meminimumkan risiko dan untuk mengurangkan kesannya;

(i)

melarang atau menghendaki pengambilan apa-apa tindakan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya;

(j)

menetapkan kehendak berkenaan dengan pengadaan dan penggunaan kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan kemudahan pemantauan dan pengujian dan kelengkapan penyelamat dalam hal keadaan tertentu;

76

Undang-Undang Malaysia

(k)

menetapkan standard berhubungan dengan penggunaan bagi, termasuklah standard pendedahan kepada, apa-apa bahaya fizikal, biologi, kimia atau psikologi;

(l)

mengawalselia dan menghendaki pengawasan oleh majikan atau penghuni keadaan di tempat kerja termasuklah keperluan ergonomik, fisiologi dan psikologi dan kesihatan pekerja mereka;

(m)

memastikan pengadaan kemudahan kebajikan, keselamatan dan kesihatan yang memadai oleh majikan bagi orang-orang yang sedang bekerja;

(n)

menghendaki majikan menyimpan dan memelihara rekod-rekod dan dokumen-dokumen lain;

(o)

menetapkan komposisi, kuasa, fungsi dan prosedur jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan mengawalselia pemilihan atau pelantikan anggota jawatankuasa itu dan perkara-perkara berkaitan yang lain;

(p)

menetapkan cara menjalankan siasatan di bawah seksyen 33 dan bagi mendengar rayuan di bawah seksyen 50;

(q)

menetapkan fee yang kena dibayar atau boleh dikenakan bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(r)

menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah dan prosedur yang dikehendaki dipatuhi;

(s)

menetapkan kehendak bagi mengguna-khidmat pegawai perubatan dan prosedur bagi pendaftaran pengawai perubatan itu;

(t)

menetapkan kehendak bagi melantik pegawai keselamatan dan kesihatan, latihan yang diperlukan bagi pegawai

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 77

keselamatan dan kesihatan dan prosedur bagi pendaftarannya;

(ta)

menetapkan kehendak dan cara bagi pemberitahuan tentang pengusahaan, perancangan dan pengurusan reka bentuk apa-apa aktiviti di tempat kerja;

(tb)

menetapkan masa apabila dan cara bagaimana orang kompeten dikehendaki untuk mengambil alih atau mengawal apa-apa loji, tempat kerja, proses, bahan dan aktiviti, dan apa-apa kehendak yang berhubungan dengannya;

(u)

menetapkan apa-apa perkara lain yang pada hemat Menteri suai-manfaat atau perlu bagi menjalankan Akta ini dengan lebih baik.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Report

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules