Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian X · Tataamalan Industri
37. Kelulusan tataamalan industri
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah meluluskan tataamalan industri yang terdiri daripada arahan-arahan yang pada hematnya perlu atau patut untuk panduan orang-orang dalam mematuhi kehendak-kehendak peruntukan Akta ini.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 55
Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengkaji semula tataamalan industri itu dengan meminda, memotong, mengubah atau menambah peruntukan tataamalan industri itu.
Suatu tataamalan industri boleh—
terdiri daripada apa-apa tata, standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukan berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh Menteri; atau
memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana dokumen yang dirumus atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak berkuasa yang berkuat kuasa pada masa tataamalan industri itu diluluskan atau sebagaimana yang dipinda, dirumus atau disiarkan dari semasa ke semasa.
Menteri hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta kelulusan sesuatu tataamalan industri dan pemindaan atau pembatalannya.