Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian IX · Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan

35. Kuasa untuk melarang penggunaan loji atau bahan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang penggunaan apa-apa loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang-orang semasa bekerja.

(2)

Jika Ketua Pengarah bercadang untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, sebelum membuat perintah itu, meminta pendapat mana-mana jabatan Kerajaan atau badan lain yang pada hematnya sesuai.

(3)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian X

Tataamalan Industri

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules