Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian IV · Kewajipan Am Majikan, Orang yang Bekerja Sendiri dan Prinsipal
15. Kewajipan am majikan
Feedback & supportAdalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya—
pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja;
setakat yang praktik, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan majikan, penyenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian; dan
pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 27
dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja;
pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa pekerjanya sedang bekerja.
(Dipotong oleh Akta A1648).