Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

67. Kerahsiaan maklumat

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa rahsia pengeluaran atau perdagangan yang boleh pada bila-bila masa sampai kepada pengetahuannya atau yang telah diperolehnya dalam penjalanan tugasnya di bawah Akta ini.

78

Undang-Undang Malaysia

(2)

Bagi maksud seksyen ini,

“rahsia pengeluaran atau perdagangan”

ertinya maklumat yang sangat sensitif yang berhubungan dengan—

(a)

apa-apa proses pengeluaran;

(b)

apa-apa keluaran, bahan mentah atau perumusan keluaran sampingan;

(c)

apa-apa idea untuk penduaan atau pengklonan keluaran;

atau

(d)

apa-apa maklumat teknikal mengenai sistem pengendalian, dan bahawa maklumat itu telah diisytiharkan sebagai rahsia pengeluaran atau perdagangan secara bertulis oleh penghuni atau pemunya.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report