Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian X · Tataamalan Industri

38. Penggunaan tataamalan industri dalam prosiding

Feedback & support

Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang dalamnya dikatakan bahawa seseorang telah melanggar atau tidak mematuhi peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang berhubungan dengannya suatu tataamalan industri yang diluluskan berkuat kuasa pada masa pelanggaran atau ketakpatuhan yang dikatakan itu—

(a)

tataamalan industri yang diluluskan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding itu; dan

(b)

jika mahkamah berpuas hati berhubungan dengan apa-apa perkara yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwa bagi membuktikan pelanggaran atau kegagalan yang dikatakan itu bahawa—

56

Undang-Undang Malaysia

(i)

peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu adalah relevan kepada perkara itu; dan

(ii)

orang itu pada bila-bila masa tidak mematuhi peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu, perkara itu hendaklah dikira sebagai terbukti melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa berkenaan dengan perkara itu orang itu telah mematuhi peruntukan Akta ini selain daripada dengan cara mematuhi peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu.

Report

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules