Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelbagai
55. Penyampaian rekod, dsb
Feedback & supportRekod, dokumen atau maklumat lain yang berkaitan dengan aktiviti pengilangan mana-mana orang yang dikehendaki supaya dikemukakan atau diberikan atau notis yang diberikan, lesen yang dikeluarkan atau keputusan atau perintah yang dibuat di bawah
Akta ini boleh disampaikan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar.
Mana-mana rekod, dokumen atau maklumat lain, notis, lesen, keputusan atau perintah yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan disampaikan kepada orang yang kepadanya ia dialamatkan pada hari selepas hari rekod, dokumen atau maklumat lain, notis, lesen, keputusan atau perintah itu sepatutnya diterima melalui penjalanan biasa pos jika ia dialamatkan—
dalam hal Menteri atau Pengawal, kepada salah seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke Kementerian;
dalam hal syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia, ke pejabat berdaftar itu atau, jika tiada pejabat berdaftar sedemikian, ke tempat utama perniagaan syarikat, perkongsian atau kumpulan itu di Malaysia atau, jika tiada tempat utama perniagaan sedemikian, ke tempat mana-mana aktiviti lain syarikat, perkongsian atau kumpulan itu dijalankan;
dan
dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui.